LANGSUNG: Siasatan awam Suhakam bersambung 


Noel Achariam

Suhakam sedang menjalankan siasatan awam mengenai kehilangan beberapa aktivis untuk menentukan sama ada ia kehilangan paksa.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2018.

PEGAWAI kanan polis akan meneruskan keterangannya pada siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh hari ini. 

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Huzir Mohamed dipanggil untuk memberi keterangan selepas namanya disebut oleh Ketua JSJ Selangor Fadzil Ahmat dalam keterangannya tahun lalu. 

Huzir dikenal pasti sebagai pegawai dari Bukit Aman yang mengkoordinasikan siasatan bersama polis berhubung kehilangan Koh tiga aktivis lain. 

Siasatan bulan lalu mendengar pada 17 Jun tahun lalu, suspek pengedar dadah dan pemerdagangan orang ditembak mati berhampiran Kampung Weng di Ulu Lenggong, Kedah. 

Siasatan lanjut membawa polis ke rumah si mati, yang mana mereka menemui gambar Koh, rumahnya, kereta dan nombor pendaftaran. 

Huzir berkata polis menahan tiga suspek dan mendapati mereka tiada kaitan dengan kes Koh dan dibebaskan dengan ikat jamin. 

Huzir juga memberitahu panel beliau tidak tahu bagaimana gambar berkenaan boleh berada di rumah suspek. 

Pastor itu diculik di Petaling Jaya pada 13 Februari tahun lalu oleh kira-kira 15 lelaki menaiki tiga kenderaan SUV berwarna hitam.

Penculikan itu dirakam kamera litar tertutup dan disifatkan sebagai operasi terancang. 

Siasatan Suhakam adalah bagi menentukan sama ada kehilangan Koh, pengasas Perlis Hope Amri Che Mat, dan juga pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Sitepu, adalah kes kehilangan paksa oleh kerajaan negeri.

The Malaysian Insight membawakan secara langsung prosiding hari ini:

12.30pm: Pemerhati polis sekretariat KPN SAC R Munusamy bertanya Huzir berdasarkan pengalamannya apabila memberi kenyataan media adakah beliau mempunyai pengetahuan tentang semua butiran.

Huzir menjawab tidak dan biasanya pegawainya akan sediakan kenyataan. 

Munusamy bertanya Huzir adakah beiau setuju apabila Khalid memberi kenyataan media tidak mengikut fakta kes. 

Huzir menjawab ya beliau setuju. 

Siasatan Suhakam tamat dan akan bersambung pada 31 Oktober.

12.15pm: Mah bertanya Gomez sama ada terdapat nombor pendaftaran fizikal dalam senarai pencarian. 

Gomez berkata Khalid mengesahkan dan untuk menguatkan kes mengatakan bukti itu berkaitan dengan Koh. 

Beliau berkata Khalid memaklumkan bukan sahaja gambar yang ada tetapi juga bukti nombor pendaftaran. 

Gomez kemudian berkata ia diletakkan untuk menunjukkan kaitan dengan kes Koh. 

Mah kemudian bertanya Gomez atas dasar apa dakwaan ia diletakkan. 

Gomez berkata ia berdasarkan bukti yang diberikan oleh Khalid bahawa terdapat nombor pendaftaran fizikal.  

Beliau berkata senarai pencarian tidak menunjukkan terdapat nombor pendaftaran seperti yang didakwa Khalid. 

11.30am: Gomez bertanyakan Huzir selepas insiden tembak di Baling Kedah beliau ke rumah suspek di Pengkalan Hulu. 

Huzir menjawab ya beliau ke rumah suspek. 

Mah bertanya berapa banyak pasukan ke Pengkalan Hulu. 

Huzir berkata hanya satu pasukan dan ia adalah pasukan khas jenayah terancang (Stafoc).

Gomez bertanya Huzir siapa lagi yag beliau maklumkan untuk datang ke Pengkalan Hulu. 

Huzir berkata beliau maklumkan SAC Fadzil untuk datang. 

Gomez kemudian bertanya barangan yang dirampas dari Pengkalan Hulu diserahkan kepada Fadzil dan Inspektor Supari. 

Huzir berkata ya mereka mengambilnya di IPD Pengkalan Hulu.

11.05am: Gomez bertanya Huzir pada keterangan terakhirnya bahaw abeliau mengesahkan terdapat nombor pendaftaran.

Gomez kemudian memberitahu Huzir hari ini jawapannya kepada panel ialah tiada nombor pendaftaran kenderaan milik Koh secara fizikal. 

Huzir kemudian berkata versi yang betul adalah terdapat nombor kenderaan di Baling tetapi bukan kenderaan Koh tetapi di Pengkalan Hulu terdapat gambar kenderaan Koh.

10.45am: Gomez bertanyakan Huzir jika nombor plat Koh ST5515 ada dalam senarai carian kerana bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar mengesahkan yang terdapat gambar dan plat nombor itu dalam keterangannya tahun lepas.

Gomez kemudian berkata Khalis sudah mengesahkan terdapat plat nombor itu, gambar kenderaan, rumah dan Koh.

Gomez bertanya jika terdapat plat nombor tersebut.

Huzir berkata terdapat plat nombor yang ditemui di Baling, Kedah tetapi ia bukan nombor plat Koh.

Katanya, hanya gambar plat yang ditemui di Pengkalan Hulu.

10.15am: Gomez bertanya sekiranya Huzir boleh mengeluarkan senarai rampasan di lakukan di rumah suspek ditembak mati di Pengkalan Hulu.

Huzir menjawab dia boleh mengeluarkan senarai itu.

Gomez bertanya kepada Huzir siapakah yang membuat senarai itu.

Huzir berkata senarai itu dibuat Sarjan Azril.

Gomez bertanya sama ada semua perkara dalam senarai itu dirampas pada hari sama iaitu 17 Jun 2017.

Norhayati Arifin dan Susanne Liew isteri kepada dua aktivis Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh yang hilang. Kehilangan mereka sedang disiasat Suhakam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2018.

9.55am: Gomez bertanya Huzir sekiranya Saiful Buhari bekerja di Pulapol sejak 18 tahun lalu dan adakah dia mempunyai maklumat mengenai keluarga dan rakannya.

Huzir berkata mereka mempunyai semua maklumatnya.

Gomez bertanya mengapa polis tidak boleh mengesannya kerana Saiful adalah saksi penting.

Huzir berkata pasukannya melakukan pengawasan di dua kawasan tetapi tidak berjaya mengesan Saiful.

Gomez bertanyakan Huzir sama ada polis sudah berusaha sehabis baik untuk mengesan Saiful.

Huzir berkata pasukannya sudah melakukan yang terbaik dan terdapat juga pasukan lain yang ditugaskan mengesan Saiful.

9.35am: Suhakam memanggil Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Wilayah Persekutuan Huzir Mohamed untuk memberi keterangan.

Peguam keluarga Koh, Jerald Gomez bertanyakan Huzir tentang siasatan pemilikan kereta Vios warna emas dan kenderaan lain yang didakwa terlibat dalam penculikan Koh diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Huzir menjawab siasatan adalah sulit.

Pesuruhjaya Mah Weng Kwai bertanyakan kepada Huzir jika sulit maksudnya OSA.

Hazir berkata ia sulit.

Jerald berkata Huzir perlu menjawab soalan tersebut kerana mereka mahu mengetahui tentang penglibatan pihak berkuasa. – 15 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen