WALAUPUN tahu bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson telah dirancang lebih awal, beberapa pengundi di luar negeri tetap memenuhi tanggungjawab mereka untuk membuang undi di kampung halaman.
Salah seorang daripada mereka ialah Nic Ngoo yang pulang untuk mengundi buat kali pertama, sambil menyifatkan waktu PRK yang diadakan itu sebagai “aneh”.
“Pilihan raya ini bukan disebabkan alasan semulajadi seperti kematian, tetapi ia diadakan kerana dirancang.” kata Nic.
Pengundi tempatan, Vimal Kumar yang pulang dari KL juga bersetuju dengan Nic.
“Tak bagus ada rasa seperti bidak catur dalam kerjaya politik seseorang,” kata Vimal.
“Walaupun begitu, kita mempunyai tanggungjawab untuk datang dan mengundi.”
Rakan sejak kecil Nic, Vimal dan Navin Raj menjelaskan bahawa kebimbangan mereka terhadap kampung halaman mereka lebih penting daripada motif pilihan raya itu diadakan.
“Kami tinggal di Port Dickson untuk masa yang sangat lama. Kami membesar di sini.
“Tidak kira bangsa atau agama, ia adalah masyarakat yang akrab, jadi ada keperluan untuk kemajuan,” kata Vimal.
Ibu bapa Nic masih di Port Dickson dan dia mahu melihat tempat itu berkembang.

“Walaupun pilihan raya kecil ini mempunyai beberapa drama, namun ia memberi peluang kepada bakal Perdana Menteri yang berpotensi seperti Anwar Ibrahim untuk memimpin bandar kita,” kata Nic yang baru pulang dari Amerika Syarikat.
Perkembangan yang mereka katakan berbeza dari apa yang dibangkitkan daripada kempen calon-calon pilihan raya yang rata-rata mahu mengembangkan infrastruktur di bandar.
“Saya tidak setuju dengan keyakinan calon pilihan raya yang yakin Port Dickson boleh menjadi sebuah bandar, dan saya tidak fikir itu betul,” kata Vimal.
“Calon yang dipilih bukan sahaja perlu pandang sudut kemajuan luaran. Perkara yang perlu dilakukan, tidak semestinya membina bangunan baru.
“Port Dickson dikenali sebagai destinasi bagi orang ramai untuk menjauhkan diri daripada kesibukan bandar. Mari jangan lihat hutan konkrit.”
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan bekas ahli parlimen Danyal Balagopal Abdullah untuk membenarkan Anwar bertanding dan kembali ke Parlimen.
Anwar menentang lima calon bebas - Saiful Bukhari, Isa Samad, Lau Seck Yan, Stevie Chan dan Kan Chee Yuen - dan seorang calon PAS yang merupakan veteran angkatan udara Nazari Mokhtar.
Pusat undian dibuka pada pukul 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang ini.
Sehingga pukul 3 petang, kadar pengundi yang keluar mengundi sebanyak 50%, bermakna 37,606 pengundi telah membuang undi mereka.– 13 Oktober, 2018.
Komen