Tubuh jawatankuasa bebas semak laporan EIA, gesa Penang Forum pada JAS 


Looi Sue-Chern

Dr Lim Mah Hui berkata keperluan bagi projek PIL1 adalah tidak wajar kerana beberapa kos terlalu tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Oktober, 2018

PENANG Forum mahu Jabatan Alam Sekitar melantik jawatankuasa teknikal bebas untuk meyemak semula Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi projek Pan Island Link 1 (PIL1).

Dr Lim Mah Hui dari kumpulan berkenaan berkata jawatankuasa bebas dan profesional itu perlu tanpa penglibatan penyokong projek berkenaan. 

“Ini bagi mengelakkan mereka diberi tekanan…ini adalah Malaysia Baru. 

“Kita telah membuat kesimpulan pembinaan lebih raya itu tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan trafik, dan EIA tidak dianggap atau dinilai sebagai pilihan untuk pengangkutan awam lain. 

“Keperluannya tidak wajar; dan kos keselamatan, sosial, kesihatan dan alam sekitar terlalu tinggi dan dijangka tidak memuaskan,” katanya pada satu sidang media hari ini. 

Kumpulan sivil yang mengkritik projek berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang (PTMP), mendakwa laporan EIA yang dibuat oleh Wiranda Sdn Bhd adalah cacat.

Wiranda merupakan syarikat perunding yang dilantik oleh SRS Consortium, iaitu rakan penyampaian projek PTMP, dengan persetujuan kerajaan negeri untuk menyediakan laporan EIA, yang diperlukan bagi kelulusan pembinaan lebuh raya oleh pihak berkuasa persekutuan. – 12 Oktober, 2018

 Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen