LANGSUNG: Zahid kembali lagi ke SPRM


Noel Achariam

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu pejabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 12 Oktober, 2018.

AHMAD Zahid Hamidi sekali lagi hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan organisasi kebajikan dipengerusikannya.

Ini adalah kali ketiga dalam minggu ini, presiden Umno itu dipanggil oleh SPRM berhubung kes Yayasan Akal Budi, sebuah organisasi yang dikendalikan keluarga.

Dilaporkan sebanyak RM800,000 didakwa disalahgunakan daripada yayasan untuk membayar bil kredit kad Zahid dan isteri.

Anak perempuannya, Nurulhidayah Ahmad Zahid dan abang, Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi juga dipanggil untuk membantu siasatan.

The Malaysian Insight akan membuat liputan perkembangan ini secara langsung dari Putrajaya.

12.25pm: Zahid meninggalkan ibu pejabat SPRM untuk menunaikan solat Jumaat dan makan tengahari.

9.18am: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk meneruskan sesi soal siasat. – 12 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen