TANDA pagar #SaveMRT2 yang dilancarkan MMC-Gamuda berjaya memberi kemenangan awal kepada syarikat pembinaan itu dalam usaha mereka menyelamatkan kontrak kerja bawah tanah projek Transit Aliran Massa Jajaran 2 (MRT2).
Ahad lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan walaupun syarikat itu akan meneruskan kerja pembinaan bahagian atas tanah projek tersebut, kontrak bahagian bawah tanahnya akan ditamatkan.
Lim berkata keputusan itu adalah sebahagian langkah penjimatan diambil Putrajaya dan kerajaan akan memulakan proses bidaan kontrak antarabangsa yang baharu untuk kerja itu.
Sebagai tindak balas, syarikat itu melancarkan kempen media sosial untuk cuba memujuk kerajaan mempertimbangkan keputusan itu, menggunakan tanda pagar #SaveMRT2, #prayforMRT2, #Save20000Jobs dan #save20kjobs di Twitter. Syarikat itu mendakwa pembatalan kontrak itu akan memberi risiko hilang kerja kepada 20,000 orang.
Kempen itu pantas mendapat perhatian digerakkan oleh pekerja yang terlibat dalam projek itu, kesannya semalam Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan yang kerajaan akan menyemak semula keputusan perolehan semula tender untuk kerja bawah tanah projek berbilion ringgit itu.
Hari ini, peguam Syahredzan Johan yang juga setiausaha politik Lim Kit Siang mengecam MMC-Gamuda kerana “tanda pagar tidak ikhlas” #SaveMRT2, menyifatkan usaha syarikat tersebut membela pekerjanya sebagai tidak ikhlas.
Disingenuous hashtag. The MRT2 will proceed, with or without Gamuda.
Also if you terminate your workers just because you lost one part of the project, then you are a shitty employer. https://t.co/XN8kLLnWFy— Syahredzan Johan (@syahredzan) October 9, 2018
Dalam satu lagi tuitnya, beliau turut meluahkan rasa simpati kepada pekerja yang terkesan dengan pembatalan kontrak kerja bawah tanah tersebut, bagaimanapun beliau ragu dengan jumlah 20,000 pekerja yang didakwa Gamuda.
Saya simpati dengan pekerja yang akan terjejas dengan penamatan kontrak MMC-Gamuda ini, walaupun sangsi angka 20K yg dikeluarkan dek Gamuda.
Tapi, jangan terperangkap dengan permainan media bos Gamuda ni. Kalau betul ikhlas ttg nasib pekerja, kurangkan untung utk selamatkan mrk.— Syahredzan Johan (@syahredzan) October 10, 2018
Ramai pengguna media sosial yang bersetuju dengan pandangan Syahredzan, berkata walaupun MMC-Gamuda nampaknya menang perang media sosial, ia menggambarkan hipokrasi syarikat tersebut.
I am confused. Why is a company mobilising people to support them. We all know that MRT2 was not cancelled. Only the contract of a company terminated.
— Azure All (@Azrul_xX) October 9, 2018
MRT isn’t the only project Gamuda has. They have plenty of other projects out there
— Andrew Leong (@LYTeffect) October 9, 2018
If you want to support Malaysia, do the right thing by reducing your exorbitant cost to build the tunnel! Stop your wayang!
— Sam Khoo (@KoolSammm) October 10, 2018
Awal hari ini, Tony Pua berkata keengganan MMC-Gamuda mengurangkan kos pembangunan kerja bawah tanah MRT2 menyebabkan pembatalan kontrak mereka dengan kerajaan.
Dalam surat terbuka kepada lembaga pengarah syarikat itu, Pua mendakwa MMC-Gamuda enggan mengurangkan bayaran lebih daripada RM2.13 bilion kepada RM14.58 bilion, walaupun perunding kejuruteraan bebas mendakwa kos keseluruhan projek boleh dikurangkan sekurang-kurangnya RM2 bilion lagi.
Pua yang juga ahli Parlimen Damansara dan setiausaha politik Lim Guan Eng mengecam “usaha tidak malu MMC-Gamuda menggambarkan dirinya sebagai mangsa” dan berkata surat terbuka itu bertujuan untuk mendedahkan perkara sebenar apakah yang berlaku dalam rundingan antara kerajaan dan syarikat tersebut sebelum pembatalan. – 10 Oktober, 2018.
Komen