Zahid tiba di ibu pejabat SPRM 


Noel Achariam Christopher Rabin

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Oktober, 2018

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi ini untuk disoal siasat berhubung kes rasuah. 

Beliau yang memakai baju batik berwarna hijau tiba pada jam 9.20 pagi ditemani peguamnya. 

Kira-kira 10 penyokong turut dilihat berada di perkarangan ibu pejabat suruhanjaya itu. 

Zahid dijangka akan disoal siasat kali ketiga, namun SPRM tidak menyatakan mengapa beliau disoal siasat.

Beliau hanya diminta hadir ke ibu pejabat SPRM itu pada jam 10 pagi ini.

Pada Julai lalu, SPRM menyoal siasat bekas timbalan perdana menteri itu sebanyak dua kali berhubung Yayasan Akal Budi. 

Dilaporkan sebanyak RM800,000 didakwa disalahgunakan daripada yayasan berkenaan untuk membayar bil kad kredit milik Zahid dan isterinya. – 10 Oktober, 2018
 
MENYUSUL LAGI 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen