AHMAD Shah Hussain Tambakau dari Sabah dilantik pengerusi Lembaga Pelancongan Malaysia menggantikan pemilik Kumpulan Redberry Media Siew Ka Wai.
Ahmad Shah dilantik ke jawatan itu pada 20 Julai 2018 oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Mohamadin Ketapi yang juga ahli Parlimen Silam, Sabah.
Ahmad Shah adalah bekas ahli Parlimen Keningau bermula pada 1982 hingga 1986 dab bekas timbalan menteri wilayah persekutuan.
Beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 di DUN Bingkor atas tiket PKR tetapi kalah kepada Jeffrey Kitingan.
Siew dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pelancongan Malaysia pada 21 September 2016 oleh bekas menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Siew, pengarah urusan Ancom Bhd dan Kumpulan Redberry dikatakan sekutu rapat Najib Razak.
Lembaga Pelancongan Malaysia kini menyenaraikan Ahmad Shah sebagai pengerusinya di websitenya. – 9 Oktober, 2018.
Komen