Salahuddin sokong gesaan supaya pendera haiwan dihukum


Looi Sue-Chern

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub hari ini menyambut baik pandangan kumpulan Sahabat Alam Malaysia iaitu pendera haiwan dikenakan hukuman serius. – Gambar The Malaysian Insight, 9 Oktober, 2018.

MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub hari ini menyambut baik pandangan kumpulan Sahabat Alam Malaysia yang beribu pejabat di Pulau Pinang (SAM) supaya pendera haiwan dikenakan kes penderaan haiwan dikenakan hukuman sama seperti jenayah terhadap manusia.

Beliau yang bersetuju kezaliman ke atas haiwan tidak harus dibenarkan berlaku berkata pihak berkuasa perlu mengambil kira pandangan organisasi masyarakat berkenaan isu tersebut.

“Kita perlu melihat undang-undang sedia ada. Kita akan pastikan undang-undang dipatuhi supaya tiada kes-kes penderaan haiwan.

“Kumpulan sivil juga boleh tampil membantu kita,” beliau memberitahu pemberita pada sidang media di Konvensyen dan Hari Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) peringkat kebangsaan di Prai hari ini.

Minggu lepas, SAM menyeru pihak polis dan DVS yang berada di bawah kementerian Salahuddin mengenakan hukuman serius kepada pesalah kes penderaan hawian.

Presiden SAM S.M. Mohamed Idris berkata bilangan kes penderaan haiwan kian meningkat dalam tempoh lima tahun dengan 510 aduan direkodkan pada tahun lepas. – 9 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen