PUTRAJAYA percaya dengan “urusan kerajaan bukan dalam perniagaan” dan akan terus mengurangkan penyertaan langsung dalam pemilikan ekuiti syarikat, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.
Pentadbiran baharu mahukan sektor swasta untuk menerajui dalam memacu ekonomi, berbanding kerajaan sebelum ini yang hanya “bercakap mengenai pasaran ekonomi yang diterajui sektor swasta,” kata Lim pada forum pelaburan ‘Malaysia: A New Dawn’ di Kuala Lumpur hari ini.
“Kita mendengar banyak aduan daripada pelabur dan ahli perniagaan sama bahawa pasaran modal kita terlalu tidak cair, dikawal ketat oleh beberapa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan,” katanya, dan menambah ia menyebabkan penurunan nilai MSCI Emerging Markets yang hanya 2.48%.
Lim berkata kerajaan akan mengurangkan pemilikan ekuiti syarikat bagi membenarkan entiti tersenarai mendapat purata jumlah harian yang lebih tinggi untuk Bursa sambil meningkatkan kecairan pasaran.
“Langkah di atas adalah batu loncatan yang akan membantu kita. Kita akan melepaskan kuasa sektor swasta dan mengurangkan kesan yang disebabkan oleh kerajaan.
“Di samping itu, kami juga dapat secara beransur-ansur merealisasikan nilai aset milik kerajaan dan menggunakan hasil ini untuk mengurangkan hutang.”
Beliau berkata beliau akan menamatkan rundingan langsung yang dilakukan oleh kerajaan sebelumnya berhubung dengan perkongsian awam-swasta yang membawa kepada rasuah.
Beliau berkata kontraktor perlu menjalankan projek kerajaan seperti membina rumah mampu milik baharu, sekolah, balai polis, balai bomba dan kem tentera, sebagai pertukaran kepada tanah kerajaan dan bukannya membayar secara tunai.
“Malangnya, mereka berunding secara terus jadi kita tidak tahu kos sebenar sesuatu projek awam itu, atau nilai sebenar tanah kerajaan yang dijual atau ditukar. Di bawah syarat sebegitu, penyelewengan, keuntungan luar biasa kepada syarikat kroni dan pulangan yang rendah bagi pelaburan meningkat.”
“Model PPP baharu, atau apa yang saya boleh sebutkan sebagai PPP 2.0, akan mengelakkan pertukaran tanah dilakukan dengan bidaan terbuka unatuk tanah itu dijual, dan dalam masa yang sama mengadakan tender terbuka untuk projek itu dibina.”
Tambah Lim, tiada pembatalan projek PPP: “Ia akan diteruskan tetapi di bawah format dan mekanisme berbeza.”
Dalam jangka masa panjang, jawatankuasa pembaharuan cukai akan menyemak dan memperbaharui keseluruhan sistem cukai, katanya.
TRC dieri mandat untuk mengurangkan jurang cukai, mempelbagaikan hasil cukai dan membuat sistem cukai lebih “cekap, tidak bersifat neutral dan progresif”, katanya. Jawatankuasa ini juga ditugaskan untuk mencari jalan untuk meminimumkan ketirisan cukai dan pengelakan, katanya. – 9 Oktober, 2018
Komen