MENTERI Kewangan Lim Guan Eng berkata tidak berada dalam langkah penjimatan walaupun langkah drastik pengurangan kos, dan menambah kerajaan akan meneruskan perbelanjaan infrastruktur untuk merangsang pertumbuhan.
Beliau berkata, kerajaan menubuhkan jawatankuasa kewangan awam, yang dipengerusikan dirinya sendiri bersama menteri hal ehwal ekonomi dan Gabenor Bank Negara sebagai ahlinya, bagi memperkukuhkan kedudukan fiskal negara.
“Bagaimanapun, amat mustahak untuk kerajaan berhemah dengan perbelanjaan, kita menyedari bahawa kita tidak boleh terperangkap dalam perangkap penjimatan,” katanya pada forum pelaburan ‘Malaysia: A New Dawn di Kuala Lumpur hari ini.
“Apa yang kita mahu adalah menjana kewangan yang besar, bagi memastikan setiap ringgit pembayar cukai akan menjana nilai dan memberi kesan maksimum.”
“Terdapat banyak infrastruktur mega yang kita kenali sebagai penting ke arah pertumbuhan produktiviti dan ekonomi untuk Malaysia,” katanya, termasuk projek pengangkutan awam seperti LRT3 dan MRT2.
“Bagi projek berkenaan, kita berniat untuk meneruskannya tetapi kita komited dalam memastikan tiada skop berlebihan dan tidak perlu, dalam masa yang sama memastikan kosnya berpatutan.”
Oleh itu bagi LRT3, Lim berkata kerajaan mengadakan rundingan semula dengan kontraktor dan Syarikat Prasarana untuk mengurangkan kos keseluruhan projek dari RM31.6 bilion kepada RM16.6 bilion, penjimatan RM15 bilion atau 47%.
Bagaimanapun, “projek yang jelas gajah putih”, seperti MultiProduct Pipeline dan projek Trans-Sabah Pipeline dijangka menelan belanja lebih RM10 bilion dibatalkan, katanya.
“Ini kerana kita telah membayar RM8.5 bilion daripada jumlah keseluruhan projek, walaupun kurang 15% kerja sudah siap,” katanya.
Pemilik projek Suria Strategic Energy Resources, yang merupakan milik penuh Kementerian Kewangan dalam proses rundingan dengan ontraktor utama, China Petroleum dan Pipeline Bureau (CPPB) bagi menentukan pampasan dan jumlah yang akan dikembalikan kepada Malaysia, katanya. – 9 Oktober, 2018
Komen