KEKECOHAN tercetus lagi dalam pemilihan PKR, kali ini Lembah Pantai apabila penyokong kem Rafizi Ramli dan Azmin Ali masing-masing merebut pengundi yang datang pada saat akhir.
Dua penyokong masing-masing bertembung dan insiden tolak-menolak dan pertikaman lidah berlaku hampir tiga minit.
“Mereka mahu ambil pengundi kita yang baru sampai masuk team mereka. Mana boleh,” kata seorang penyokong Azmin yang enggan dinamakan.
Seorang wanita berbaju hitam dengan logo Anwar Ibrahim mencetuskan pergaduhan. Bagaimana pergaduhan kecil dileraikan petugas dan polis.
Kini kurang lagi sejam pengundian akan berakhir dan jelas penyokong giat mempromosi pimpinan masing-masing.
Pengundian di cabang tertinggi Kuala Lumpur itu akan berakhir jam 5.15 petang nanti. – 7 Oktober, 2018.
Komen