MENGHARAMKAN perkahwinan bawah umur dan menggubal undang-undang untuk menghukum pesalah tidak menyelesaikan masalah melainkan kerajaan turut merangka pelan jangka panjang untuk mendidik masyarakat yang menerima budaya tersebut.
“Ada yang mengahwinkan anak kerana mereka tiada pilihan lain,” kata Srividhya Ganapathy, peguam dari Badan Peguam.
“Ya, kita perlu haramkan perkahwinan bawah umur, tetapi ada keluarga yang miskin dan melihat cara ini lebih baik dan mereka tiada pilihan.
“Amalan ini perlu dilihat sebelum undang-undang digubal,” kata Srividhya pada forum di Kuala Lumpur.
Kerajaan katanya, memerlukan pelan komprehensif lima tahun bagi memastikan adanya sokongan untuk memastikan budaya ini dihentikan.
“Kita masih lagi sebuah negara membangun, jadi perlu ada pelan bersama masyarakat luar bandar, Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa agama supaya semua orang terlibat.”
Pelan itu juga katanya termasuk mengetatkan sempadan Malaysia bagi memastikan pasangan tidak mudah ke Thailand. – 6 Oktober, 2018.
Komen