PERBICARAAN pengubahan wang haram peguam Umno Shafee Abdullah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Azman Abdullah membenarkan pemindahan itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan permohonan Shafee, yang mengatakan kes melibatkan Akta Anti Pengubahan Wang mungkin terlalu rumit untuk mahkamah rendah.
Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz tidak membantah pemindahan itu, yang menetapkan sebutan di Mahkamah Seksyen pada 8 Oktober.
Shafee diwakili peguam Havinderjit Singh dan Sarah Abishegam.
Beliau menuntut perbicaraan terhadap dua tuduhan pengubahan wang haram dan dua tuduhan membuat kenyataan palsu berkaitan wang berjumlah RM9.5 juta yang didakwa dibayar kepadanya oleh bekas perdana menteri Najib Razak.
Jumlah itu didakwa dipindahkan ke akaun Shafee dalam dua peringkat pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.
Shafee juga menghadapi dua tuduhan kesalahan mengelak cukai dengan tidak menyatakan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri pada tahun 2015.
Sekiranya didapati bersalah di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Anti Pembiayaan Keganasan dan AKta Perolehan Dari Kegiatan Haram 2001 (Amlapau), Shafee menghadapi hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya.
Shafee merupakan pendakwa dalam perbicaraan kedua Anwar Ibrahim. Anwar mengatakan telah menerima afidavit daripada seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara bahawa Shafee menerima wang itu.
Shafee, yang sebelum ini mengatakan dakwaan tersebut sebagai “tidak masuk akal”, menafikan bahawa dia dibayar jumlah tersebut untuk mendakwa Anwar dan sebaliknya berkata ia adalah untuk perkhidmatan yang diberikan kepada Umno dan Barisan Nasional selama satu dekad.– 3 Oktober, 2018.
Komen