Rosmah dipanggil untuk disoal SPRM kali ke-3 esok


Bede Hong

Rabu lepas Rosmah Mansor dipanggil disoal oleh SPRM selama 13 jam berhubung siasatan rasuah ke atas anak syarikat 1MDB, SRC International. – Gambar EPA, 2 Oktober, 2018.

ROSMAH Mansor sekali lagi dipanggil untuk disoal siasat oleh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat pada pukul 11 ​​pagi esok, kata peguamnya.

Bagaimanapun, Gheethan Ram Vincent enggan menyatakan sama ada terdapat sebarang pertuduhan akan difailkan kemudian terhadap isteri bekas timbalan perdana menteri Najib Razak itu.

Esok merupakan kali ketiga Rosmah dipanggil untuk disoal.

Rabu lepas, Rosmah disoal selama 13 jam berhubung siasatan rasuah ke atas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International.

Pada 5 Jun, beliau disoal oleh SPRM selama lima jam berhubung dana SRC International yang disalurkan ke akaun Najib.

Hanya Najib yang didakwa berkaitan siasatan SRC International.

SPRM berkata pada Isnin ia sudah menyiapkan siasatannya terhadap Rosmah dan mengemukakan kertas kepada Jabatan Peguam Negara untuk memutuskan sama ada pertuduhan akan dikenakan terhadapnya. – 2 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen