ROSMAH Mansor akan mengetahui tidak lama lagi sama ada beliau akan berdepan perbicaraan berhubung barang kemas berilai RM60 juta yang tidak dibayar dituntut tukang emas dari Lubnan yang menyifatkan isteri bekas perdana menteri itu sebagai pelanggan terbaiknya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan tidak lama lagi sama ada permohonan Rosmah untuk mengetepikan saman yang difailkan oleh Samer Halimeh selepas menerima 44 barang kemas yang dihantar kepadanya pada Februari dirampas dalam serbuan kerajaan pada Mei. Barang kemas berkenaan masih belum dibayar.
Rosmah memfailkan tuntutan bulan lalu untuk mengetepikan kes atas dasar Halimey tidak boleh menuntut wang menerusi mahkamah sivil tanpa persetujuan Peguam Negara, merujuk undang-undang anti pengubahan wang haram.
Isteri bekas perdana menteri itu dalam afidavitnya berkata tiada saman sivil oleh dibuat untuk menuntut harta yang dirampas di bawah Seksyen 54(3) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) bago sebarang transaksi perniagaan atau “perjanjian”.
Halimeh dalam afidavit yang difailkan minggu lalu berkata, persetujuan sudah diberikan kerana Jabatan Peguam Negara meminta untuk campur tangan dalam kes ini bagi pihak kerajaan. Campur tangan ini merujuk kepada litigant pihak ketiga yang menyertai litigasi yag sedang berjalan kerana ia mungkin akan menjejaskan penghakiman.
Keputusan permohonan Rosmah untuk mengetepikan saman itu akan dibuat tidak lama lagi, kata peguam Halimeh David Gurupatham.
“Sekiranya permohonan Rosmah ditolak Mahkamah Tingi, maka ia akan dibicarakan dan beliau perlu memberi bukti di mahkamah,” katanya.
Halimeh, yang memiliki Global Royalty SAL berkata, beliau hhanya menuntut pengiystiharan, yaang tidak melibatkan perjanjian, justeri Seksyen 54(3) tidak terpakai.
Kedua-dua pihak memfailkan tuntutan mereka minggu lalu, kata Gurupatham.
Barang yang dirampas itu bernilai antara AS$124,000 hingga AS$925,000, dengan jumlah keseluruhan AS$14.8 juta (RM60 juta). Barang kemas berkenaan didakwa daripada butik Halimeh di Knightsbridge, London.

Halimeh yang memiliki pelanggan terdiri daripada selebriti Oprah Winfrey dan Angelina Jolie, mempunyai rangkaian premisnya di New York, London, Cannes dan Riyadh, Arab Saudi. Premisnya di Kuala Lumpur telah ditutup.
Satu lagi tukang emas, Adi Hasan AlFarden Jewellery dari Dubai, juga menuntut tiga barang kemas yang dihantar kepada Rosmah antara Januari dan April tahun ini dikembalikan semula. Pemiliknya Adi AlFardan menghantar surat tuntutan kepada Bukit Aman untuk mendapatkan semula barang kemas bernilai lebih AS$5 juta, termasuk dua rantai yang memiliki berlian kuning.
Rosmah turut berdepan dengan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad. Beliau disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selam 13 jam minggu lalu.
Suaminya Najib Razak didakwa dengan 32 pertuduhan pengubahan wang haram, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Ditanya sama ada pertuduhan jenayah ini akan mempengaruhi keputusan saman Halimeh, Gurupatham berkata: “Saya tidak rasa ia akan memberi kesan kepada kes. Ia mengenai jualan barang dan penghantaran, atau dibawah konsainan.”
“Apa yang menarik tentang kes ini adalah bagaimana mereka membawa masuk barang kemas itu. Afidavit menyatakan barang keams itu sebenarnya tidak dibawa masuk oleh Halimeh. Ia dibawa masuk oleh orang Rosmah. Itu nampaknya cara beliau membawa masuk kesemua barang kemas ini.”
Rosmah, 66 menafikan membeli barang kemas daripada syarikat Lubnan.
“Kami mahu tegaskan kesemua barangan kemas dalam tuntutan Global Royalty, dihantar kepada anak guam kami untuk beliau melihat dan tiada satu pun dibeli oleh Datin Seri Rosmah Mansor,” kata peguamnya dalam satu kenyataan pada Julai.
Polis menyeru premis yang mempunyai kaitan dengan Najib pada Mei, beberapa hari selepas Pakatan Harapan menang kerajaan persekutuan dan membentuk kerajaan baharu.
Pihak berkuasa merampas 12,000 barang kemas, 567 beg tangan, 423 jam tangan dan 234 cermin mata. Rampasan itu yang merupakan terbesar dalam sejarah Malaysia, bernilai kira-kira RM1.1 bilion. – 2 Oktober, 2018
Komen