[VIDEO] Pegawai kanan Prolintas ditahan SPRM berhubung siasatan rasuah


TIGA pengurus kanan Syarikat konsesi lebuh raya Prolintas Group ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah malam tadi.

Syarikat yang mengesahkan penahanan tersebut berkata pihaknya akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

Syarikat tersebut mengendalikan lebuh raya bertol di Lembah Klang.

Semalam, portal Free Malaysia Today melaporkan SPRM telah menahan seorang ketua pegawai eksekutif dan dua pegawai tertinggi syarikat konsesi lebuh raya Lembah Klang berhubung rasuah membabitkan dua projek lebuh raya. – 26 Jun, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen