[VIDEO] Speaker perlu isytihar 6 kerusi Parlimen kosong, kata Wan Saiful


Daniel Abd Halim Nabihah Hamid

YANG Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul perlu mengisytiharkan kekosongan kerusi dipegang enam bekas wakil rakyat Bersatu yang hilang keahlian parti, gesa Bersatu.

Wan Saiful Wan Jan berkata mungkin akan wujud satu krisis Perlembagaan yang serius jika Johari tidak mengumumkan kekosongan kerusi ahli Parlimen pembangkang itu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berharap Johari sebagai speaker Dewan Rakyat akan memastikan ada keseragaman dalam pelaksanaan peraturan DUN dan Dewan Rakyat setelah melihat apa yang berlaku di Kelantan. – 20 Jun, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen