[VIDEO] Bebas dengan ikat jamin, ibu bapa Zayn tinggalkan perkarangan mahkamah


Nabihah Hamid Kamal Ariffin Fikri Ghazali

IBU bapa Zayn Rayyan Abd. Matiin yang didakwa atas pertuduhan mengabai kanak-kanak dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM10,000.

Tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun dilihat keluar dan meninggalkan mahkamah kira-kira 12.47 tengahari tadi.

Ismanira berbaju kurung merah dan suaminya Zaim Ikhwan berbaju hitam dilihat tenang sewaktu berada di mahkamah tadi.

Menurut peguam, kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan. – 13 Jun, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen