[VIDEO] Kos perniagaan meningkat, KFC tutup sementara lebih 100 Cawangan


Fikri Ghazali Kamal Ariffin

RESTORAN KFC mengambil langkah proaktif menutup sementara lebih 100 daripada 770 cawangan KFC Malaysia sebagai cara menguruskan kos perniagaan yang semakin meningkat.

QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia dalam satu kenyataan berkata ia juga bagi menumpukan zon perniagaan yang tinggi keterlibatannya sebagai tindak balas terhadap keadaan ekonomi yang kian mencabar.

Dalam kenyataan pada Isnin, QSR Brands menjelaskan pekerja dari restoran yang terjejas diberikan peluang untuk ditempatkan semula di cawangan yang beroperasi. – 30 April, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen