[VIDEO] Tiada reformasi sebenar jika masih ada birokrasi


SUKAR untuk melakukan perubahan institusi jika pentadbiran mengamalkan birokrasi yang tidak perlu, kata penerbit buku Chong Ton Sin.

Pengasas Gerakbudaya itu memberitahu The Malaysian Insight, Putrajaya akan terus menyiasat laporan terhadap penerbit buku yang dianggap kontroversi, malah serbuan di pejabatnya baru-baru ini bukan perkara luar biasa.

Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lapan buku berbahasa Cina dari kedai buku bebas, mendakwa kerana buku itu ada “elemen komunis”.

Buku yang dirampas itu dilaporkan tidak termasuk dalam senarai larangan penerbitan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan 1984. – 6 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen