[VIDEO] Sekat bantuan ke Gaza adalah perbuatan jenayah, kata ICC


Fikri Ghazali Hasmizar Hassan

SEKATAN akses kepada bantuan kemanusiaan adalah satu perbuatan jenayah.

Pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Karim Khan berkata demikian selepas melawat Rafah, Mesir iaitu sempadan ke Gaza, pintu utama bagi kemasukan bantuan kemanusiaan.

Katanya menghalang bekalan bantuan seperti termaktub dalam konvensyen Geneva adalah perbuatan jenayah yang berada dalam bidang kuasa mahkamah.

Semalam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia bimbang ketenteraman awam akan terjejas susulan kecurian bantuan berlaku di pusat bantuan makanan yang dikendalikan agensinya untuk pelarian Palestin, UNRWA. – 30 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen