[VIDEO] Pertahan Palestin, PM dedah terima ugutan negara luar


Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau menerima banyak ugutan daripada negara luar susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Namun begitu katanya, selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, beliau selaku ketua kerajaan tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.

Beliau berkata sebagai negara berdaulat Malaysia akan kekal bebas dan terus mempertahankan kebebasan negara dan juga memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.

Perdana Menteri menambah, negara-negara berkenaan tidak boleh mengugut Malaysia kerana Malaysia sebuah negara merdeka dan berdaulat, serta mempunyai hak untuk menentukan apa yang betul. – 25 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen