[VIDEO] PN tak cukup undi Melayu


FAKTOR kekalahan Perikatan Nasional di Simpang Jeram dan Pulai adalah kerana tidak cukup undi kaum Melayu, kata Pengarah Program Merdeka Centre Ibrahim Suffian.

Menganalisis keputusan dua pilihan raya kecil (PRK) di Johor semalam, Ibrahim berkata ada penolakan jelas daripada pengundi bukan Melayu terhadap PN.

Ibrahim mendedahkan keputusan itu menunjukkan isyarat jelas penyokong Umno memilih kerajaan perpaduan dengan mengundi calon Amanah.

Katanya melihat daripada demografi, kedua-dua kerusi adalah bercampur dan terdapat penolakan jelas dari kawasan bukan Melayu.

Maka kira-kira 90% undi diberikan kepada Pakatan Harapan (PH), katanya kepada The Malaysian Insight. – 11 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen