[VIDEO] Hadi nafi elak siasatan polis


Hasmizar Hassan

PRESIDEN PAS Hadi Awang nafi beliau mengelak siasatan membabitkan kesalahan 3R (kaum, agama dan raja), kata Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman.

Malah, Syahir berkata pihak Hadi telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa Ahli Parlimen Marang itu sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Jelasnya, Hadi perlu melalui prosedur rawatan antibiotik yang di luar jadual asalnya dan dijangka memakan masa sehingga 4 jam sebelum mereka boleh bertolak ke Kuala Lumpur.– 4 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen