[VIDEO] Bukan salah Zahid seorang BN kalah teruk, kata Ku Li


Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

KEKALAHAN Umno dan BN pada PRN 6 negeri baru-baru ini perlu dipikul bersama pimpinan parti lain dan bukannya terletak pada bahu Zahid Hamid seorang, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.


“Ini bukan kerja seorang individu sahaja tetapi mestilah ada kesepakatan di antara mereka yang dinamakan sebagai pemimpin. Jadi, mestilah pikul bersama tanggungjawab,” kata Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, kepada The Malaysian Insight.

Umno hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 yang ditandinginya di enam negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Veteran Umno Idris Jusoh secara terbuka menggesa Zahid meletak jawatan, menyalahkan beliau sepenuhnya berhubung kekalahan parti itu di Terengganu.

Gesaan agar Zahid berundur kedengaran sejak prestasi buruk BN pada Pilihan Raya Umum ke-15, dengan gabungan itu hanya memenangi 30 daripada 191 kerusi yang ditandinginya. – 19 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen