[VIDEO] Cheda berazam mahu majukan Batu Tiga jika menang dalam PRN


BAGI Saiyidah Izzati Razak Maideen, calon parti Muda bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di Shah Alam, tiada yang lebih penting baginya selain membangunkan tempat beliau membesar.

Anak jati Batu Tiga yang lebih mesra dipanggil Cheda Razak itu berkata, sekiranya menang dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabtu ini, beliau berazam mahu memajukan kawasan itu, semaju Kota Anggerik.

“Di Kota Anggerik mereka mempunyai taman yang jauh lebih baik, universiti dan banyak lagi tarikan berbanding yang kita (Batu Tiga) ada. Mengapa Kota Anggerik lebih maju?

“Orang samakan Batu Tiga dengan kawasan B40 yang tak banyak membangun dan sering dilanda banjir. Walaupun berada di Shah Alam, penduduk di sini tidak menerima layanan sama rata seperti mereka di kawasan yang lebih membangun.

“Jadi, isu utama yang perlu ditangani di sini ialah golongan miskin bandar. Sebab itu saya percaya kira-kira 30% anak muda keluar daripada Batu Tiga untuk cari pekerjaan yang lebih baik di kawasan lain,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 11 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen