[VIDEO] Undilokal mahu tingkat peratusan keluar mengundi, suarakan isu tempatan


Syazwana Amir Jeremy Seng

UNTUJ memastikan peratusan keluar mengundi meningkat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, NGO Bersih dan Astro Awani melancarkan Kempen #VoteLokal #UndiLokal.

Menurut gabungan NGO itu, data sejarah PRN menunjukkan peratusan keluar mengundi adalah 10-15% lebih rendah daripada Pilihan Raya Umum, kata Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann.

Kempen ini juga dilancarkan agar masyarakat boleh menyuarakan masalah dan isu tempatan di media sosial seperti Tiktok menggunakan palang kekunci atau hastag.

Dalam sidang media di Petaling Jaya, Thomas menekankan penting untuk memberi kesedaran kepada pengundi untuk membuat perancangan bagi melancarkan proses demokrasi pada 12 Ogos ini. – 1 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen