[VIDEO] Takut kalah lagi? Ini jawab Azmin


Syazwana Amir Hasmizar Hassan Jeremy Seng Kamal Ariffin

TIDAK takut pisang berbuah dua kali selepas tewas di Parlimen Gombak, Azmin Ali yakin pengundi DUN Hulu Kelang bijak memilih pada 12 Ogos ini.

Pemimpin PN itu berkata pencalonannya hari ini membuktikan beliau tidak bertukar ke kawasan lain sepertimana yang didakwa musuh partinya.

“Saya redha atas kekalahan yang lalu, mungkin ada kelemahan harus saya perbaiki. Tapi ulu kelang adalah political base saya. Jadi tidak soal lari seperti didakwa musuh-musuh saya.

“Yang lari adalah seperti dari Permatang Pauh, lari Port Dickson, lari ke Tambun, itu lari,” kata Azmin menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas penamaan calon di Gombak hari ini.– 29 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen