[VIDEO] Amirudin berdepan 2 pencabar, Azmin lawan Juwairiyah


Syazwana Amir Hasmizar Hassan Jeremy Seng Sumardi Susilo

BERHADAPAN dengan tiga penjuru, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua Amirudin Shari akan berentap dengan calon PN dan Bebas.

Pemangku menteri besar daripada PKR yang mewakili Pakatan Harapan (PH) ditentang calon Perikatan Nasional (PN) dari PAS Muhammad Hanif Jamaluddin.

Seorang lagi pencabarnya Suman Gopal bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan logo kunci.

Sementara itu, pemimpin tertinggi PN Azmin Ali berentap dengan pemimpin wanita PKR Juwairiya Zulkifli yang mewakili Pakatan Harapan (PH) satu lawan satu di DUN Hulu Kelang..– 29 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen