[VIDEO] Anwar dan Muhyiddin iring calon parti


Syazwana Amir Fikri Ghazali Jeremy Seng Hasmizar Hassan

CALON-calon di Parlimen Gombak diiringi pimpinan tertinggi parti masing-masing dalam proses penamaan calon di SMK Sungai Pusu, Gombak, pagi tadi

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengiringi calon kerajaan perpaduan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), iaitu Menteri Besar Amirudin Shari yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Juwairiya Zulkifli (Hulu Kelang) dan Megat Zulkarnain Megat Omar Din (Gombak Setia).

Manakala Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin pula mengiringi Mohamed Azmin Ali yang bertanding di DUN Hulu Kelang, Hilman Idham (Gombak Setia), dan Muhammad Hanif Jamaluddin (Sungai Tua).

Muhyiddin bersama calon-calon PN tiba di pusat penamaan calon kira-kira pukul 8.30 pagi, manakala calon lawan tiba setengah jam kemudian, diiringi penyokong parti masing-masing.

Ketibaan Anwar sebelum itu disambut dengan laungan “Hoi Ya Hoi”, daripada penyokong PN, yang telah tiba lebih awal, menggunakan lagu tema PRU15 PH ciptaan Altimet bertajuk “Aduh Malaysia”.

Proses penamaan calon dibuka pada pukul 9 pagi dan akan ditutup sejam kemudian.

Penyokong PH pula melaungkan slogan “perpaduan” berulang kali manakala penyokong PN pula bertakbir dan berselawat. – 29 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen