[VIDEO] PRN 6 negeri bermula hari ini


Syazwana Amir Hasmizar Hassan Jeremy Seng

PILIHAN Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam negeri bermula hari ini dengan sebanyak 173 pusat penamaan calon dibuka bermula 9 pagi ini.

Bakal calon mewakili parti-parti politik di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu mempunyai tempoh sehingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus di semua pusat penamaan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan serta PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

PRN itu merupakan kali pertama menyaksikan enam negeri berkenaan mengadakan pilihan raya bagi memilih Ahli DUN masing-masing secara berasingan daripada pilihan raya untuk kerusi Parlimen.

Di Selangor kawasan DUN Hulu Kelang dan Sungai Tua turut jadi tumpuan media kerana menampilkan calon popular iaitu pemimpin tertinggi PN Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Di Gombak, media mula berkumpul sejak pagi lagi selain para penyokong pelbagai parti datang menyatakan sokongan. – 29 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen