[VIDEO] Penduduk kutip dana biayai semakan kehakiman projek PJD Link


Fikri Ghazali

UNTUK membuat semakan kehakiman berhubung cadangan Lebuh Raya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link), penduduk di Petaling Jaya memulakan kempen kutipan dana.

Mereka menetapkan sasaran sebanyak RM100,000 untuk membiayai tindakan undang-undang bagi mendapatkan laporan penilaian trafik, alam sekitar dan sosial mengenai projek PJD Link daripada pihak berkuasa.

Pengerusi Persatuan PJ Lestari Chakaravathi Thillainathan berkata inisiatif pengumpulan dana mereka bermula dua minggu lalu. – 26 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen