[VIDEO] Hasnal digesa letak jawatan pesuruhjaya Suhakam


SEBUAH kumpulan advokasi reformasi institusi mahu Hasnal Rezua Merican Habib Merican meletakkan jawatannya sebagai pesuruhjaya Suhakam serta-merta.

Tuntutan CSO Platform for Reform itu dibuat selepas Hasnal dinamakan sebagai calon Umno bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang Selangor untuk pilihan raya negeri akan datang.

Selangor bersama lima negeri lain – Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu – akan berdepan pilihan raya negeri pada 12 Ogos. – 25 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen