[VIDEO] Mahu kami pindah? Kami tunggu surat hitam putih, gesa Orang Asli Gombak


Seth Akmal Fikri Ghazali

PENDUDUK Orang Asli Batu 12 di Gombak Utara mahu surat hitam putih perjanjian dari pihak berwajib supaya proses pemindahan mereka lebih telus.

Menurut mereka pertemuan yang dilakukan di antara penduduk dan Jabatan kemajuan Orang Asli (JAKOA) masih lagi dalam proses perbincangan dan penduduk belum memberi kata putus sepenuhnya tentang persetujuan untuk berpindah dari perkampungan asal mereka.

JAKOA menerusi kenyataan media mereka berkata 41 buah rumah secara lisan bersetuju dengan pemindahan ke lokasi baharu yang ditetapkan.

Namun hasil tinjauan daripada The Malaysian Insight, masih ada lagi beberapa perkara pokok yang dihasratkan oleh penduduk mengenai status pemindahan mereka.

Mereka diminta berpindah kerana tanah di Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak mereka terlibat dalam projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Jakoa mengadakan sesi taklimat bersama penduduk pada 30 Mei lepas, menyampaikan maklumat berkaitan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) mengenai pemindahan mereka. – 7 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen