[VIDEO] PRN 12 Ogos, penamaan calon 29 Julai


Syazwana Amir Sumardi Susilo

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri berkenaan pula ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR Putrajaya bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN berkenaan. – 5 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen