[VIDEO] Ciapan biadap: Zaki Yamani mohon maaf kepada Hadi


BERIKUTAN ciapan yang mencetuskan kekecohan di Twitter mendoakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang meninggal dunia, Zaki Yamani memohon maaf atas tindakannya hari ini.

Zaki membuat permohonan maaf itu susulan arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi Twitter.

“Mengambil perhatian ciapan YAB PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan,” katanya di Twitter. – 3 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen