[VIDEO] Resah Orang Asli Gombak


Seth Akmal

LEBIH setahun menyuarakan bantahan, nasib penduduk di Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak Utara yang menentang projek Jajaran Rel Pantai Timur (ECRL) berhampiran kampung mereka masih menimbulkan tanda tanya.

Kebanyakan rumah penduduk sudah bertanda merah dengan tulisan ECRL menandakan notis penglibatan kediaman mereka dalam kawasan projek yang telah bermula pada julai 2022.

Para penduduk menantikan keputusan yang lebih telus akan nasib mereka dan memohon pihak berwajib agar meneliti pemindahan mereka dan tidak akan menjauhkan mereka daripada perkampungan asal.

Di Selangor sebanyak 90.27 kilometer keluasan tanah yang akan digunakan bagi melaksanakan projek ini, dan melibatkan 758.47 hektar tanah. Manakala bagi jajaran Gombak pula ialah 16.02 kilometer dalam kategori C1B. – 20 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen