[VIDEO] Tahniah Dr Akmal berani tegur DAP, kata Tajuddin pada Pemuda Umno


Hasmizar Hassan Seth Akmal

KEHADIRAN Tajuddin Abdul Rahman ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 walaupun digantung adalah untuk mengucapkan tahniah kepada Pemuda Umno yang lantang menegur DAP.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata kelantangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi petanda baik parti itu akan bangkit.

Jelasnya tuntutan DAP memohon maaf kepada UMNO amat wajar kerana tohmahan dan cacian yang dilemparkan berpuluh tahun dahulu sebelum membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Yang berani sekarang ini saya dengar semalam Ketua Pemuda UMNO, itu sebab saya datang hari ini, saya nak ucap tahniah kepada dia.

“Inilah pemuda, bukan macam (bekas Ketua) Pemuda Asyraf, itu sebab dia bertanding tiga kali pun kalah.

“Ini yang memberikan harapan kepada kita, Akmal, kalau betul macam ini konsisten ada harapan UMNO ini diwarisi oleh pewaris yang boleh membangkitkan semula UMNO,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam.

Terdahulu, Dr Akmal pada ucapannya mendesak DAP meminta maaf serta menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap UMNO sebelum ini bagi membuktikan persahabatan dalam Kerajaan Perpaduan benar-benar ikhlas.

Dr Akmal juga mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang sanggup datang ke Sarawak untuk meminta maaf kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan. – 10 Jun 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen