[VIDEO] Saya tak kekok hadir PAU, sudah terbiasa - kata Anwar


Hasmizar Hassan Seth Akmal

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengakui kehadiran beliau di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 hari ini tidak kekok kerana sudah terbiasa.

Meskipun ada sejarah hitam yang berlaku padanya lebih dua dekad lalu, Anwar kata apa yang penting sekarang adalah menggunakan platform ada untuk mengukuhkan kerajaan.

“Pengalaman peribadi penting tapi tak boleh atas kepentingan rakyat dan negara. Saya hadir semula kerana saya gunakan platform perpaduan ini untuk memperkukuhkan kerajaan yang memberi manfaat pada rakyat,”

“Saya rasa selesa, senang kerana sudah biasa suasana itu, termasuk menghafal lagu (Umno),” kata Anwar menjelaskan tujuannya ke PWCT hari ini. – 9 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen