[VIDEO] Lupakan kisah silam, kata Anthony Loke


Seth Akmal Hasmizar Hassan

LUPAKAN kisah silam dan terus langkah ke depan bersama Kerajaan Perpaduan yang sudah lebih enam bulan mentadbir negara, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

“Kita dah bentuk kerajaan lebih 6 bulan, kita telah move on sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan. DAP akan bergerak dengan kehadapan bersama demi negara,” katanya ketika ditanya media selepas selesai ucapan amanat Presiden di Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Kuala Lumpur.

Beliau mengulas mengenai permintaan Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh yang menuntut DAP memohon maaf atas segala persengketaan dan tohmahan yang dilemparkan kepada parti itu sebelum kedua-duanya berdamai dalam membentuk kerajaan perpaduan.

Anthony bagaimanapun menekankan bahawa DAP telah melupakan persengketaan politik dan bergerak ke hadapan setelah terbentuknya kerajaan perpaduan selepas PRU-15 yang lalu. – 9 Jun 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen