[VIDEO] Tak sampai sebulan pulang, sekutu Jho Low meninggal kerana strok


Sumardi Susilo Syazwana Amir Hasmizar Hassan

LELAKI dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) meninggal dunia akibat strok.

Dalam satu kenyataan oleh Valen, Oh & Partners yang mewakili keluarga Kee Kok Thiam mengesahkan perkara itu.

Kenyataan itu hadir selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kematiannya malam tadi.

Kok Thiam disahkan meninggal dunia pada 29 Mei lalu di hospital akibat strok.

Peguam mewakili keluarga mendian dalam kenyataan tersebut turut meminta semua pihak agar tidak melayan sebarang spekulasi terhadap kejadian malang tersebut.

Terdahulu media melaporkan beliau meninggal dunia selepas tidak sampai sebulan dia kembali ke negara ini. – 31 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen