[VIDEO] Kembalikan takwim sekolah ke Januari agar lebih sistematik, kata ibu bapa


Kamal Ariffin Sumardi Susilo

IBU bapa berharap kerajaan akan melaksanakan semula takwim sekolah pada bulan Januari lebih awal agar perancangan masyarakat lebih sistematik.

Ini kerana sekiranya takwim dilaksanakan lewat, ia menyukarkan perancangan keluarga terutamanya darisegi kewangan seperti tahun lalu, yang mana bulan puasa dan sekolah adalah serentak.

Tambah mereka sesi persekolahan pada bulan Mac juga akan meningkatkan kos selain menjejaskan kemajuan pembelajaran sukatan pelajaran anak-anaknya.

Namun ada juga ibu bapa yang tiada masalah dengan takwim sekolah pada Mac kerana sudah bersedia lebih awal.

Ikuti tinjauan The Malaysian Insight di sekitar sekolah Lembah Klang. – 29 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen