[VIDEO] Halim Saad nafi disiasat SPRM berhubung penyelewengan RM2.3 billion


AHLI perniagaan Halim Saad menafikan beliau sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion berkaitan pembelian saham syarikat tersenarai oleh sebuah konglomerat Malaysia, 26 tahun lalu.

Halim, bekas pengerusi eksekutif Renong, berkata laporan mengenai beliau disiasat tidak benar dan menafikan dipanggil oleh agensi antirasuah itu.

“SPRM tidak memanggil saya untuk disoal siasat mengenai isu itu seperti spekulasi dalam media,” kata Halim dalam temu bual eksklusif dengan FMT Business. – 25 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen