[VIDEO] Bangunan KWSP di Jalan Gasing terbakar lagi


SELEPAS lima tahun, bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar lagi hari ini.

Ini merupakan kali kedua bangunan itu terbakar iaitu kejadian pertama berlaku pada Februari 2018.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, menambah kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dilakukan dan berakhir tengahari tadi.

Gambar dan video kebakaran tersebut turut tular di laman Twitter sejak pagi tadi.

Portal The Edge pada 8 Mei melaporkan bangunan enam tingkat berusia 63 tahun itu sedang diubah suai untuk dijadikan kemudahan warga emas, yang dijalankan oleh pemaju Pacific Senior Living Sdn Bhd.

Pacific Senior dilapor telah menandatangani pajakan 30 tahun dengan KWSP. – 22 Mei 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen