[VIDEO] Polis kesan wanita tular dalam video pukul, tepuk kepala bayi
EKORAN video seorang pengasuh mengasari seorang bayi tular sejak semalam, pihak polis cuba mengesan wanita tersebut.
Ketua Polis Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin, mengesahkan laporan polis dibuat oleh orang awam diterima melalui aplikasi Whatsapp berhubung kes berkenaan.
Hasil soal siasat mendapati kejadian itu berlaku di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini, Skudai. – 16 Mei, 2023.
Komen