[VIDEO] Tidak lagi bersama GTA, Dr Mahathir masih teruskan perjuangan Melayu


BEKAS Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak lagi bersama Gerakan Tanah Air (GTA) tetapi akan terus memperjuangkan hak Melayu di bawah gerakan Proklamasi Orang Melayu.

Astro Awani melaporkan bekas ahli Parlimen Langkawi itu sebagai berkata beliau meninggalkan GTA selepas menyedari pakatan itu gagal menarik sokongan orang Melayu.

GTA merupakan gabungan berasaskan Melayu yang ditubuhkannya sebelum pilihan raya umum lalu untuk menyatukan orang Melayu. – 12 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen