[VIDEO] Enam stesen LRT dibuka semula esok
ENAM stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di laluan Ampang-Sri Petaling, yang ditutup sejak 2 April, akan beroperasi semula esok, kata Rapid Rail Sdn Bhd.
Pengendali tren berkata operasi tren di stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur akan dibuka semula kepada penumpang bermula jam 6 pagi.
Operasi perkhidmatan LRT di enam stesen yang dinyatakan ini telah diberhentikan sejak 2 April 2023.
Ini adalah kerana tren-tren yang beroperasi tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.
Rapid Rail juga berkata kerja-kerja pembaikan menyeluruh (fasa kedua) struktur landasan dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober 2023. – 11 Mei 2023.
Komen