[VIDEO] Aset kami usang, projek LCS perlu diteruskan, kata TLDM


Seth Akmal Sumardi Susilo

MENGAKUI mempunyai aset yang usang,  Tentera Laut Diraja Malaysia mahu projek Littoral Combat Ship (LCS) diteruskan mengikut perancangan sepertimana diumumkan kerajaan.

Aset baharu amat penting, lebih-lebih lagi situasi geo-strategik dan politik dunia yang tidak menentu, maka TLDM perlu mempersiapkan diri sewajarnya, kata Laksamana Muda Haji Satria Sarawak Haji Jais selaku Asisten Ketua Staf Materiel.

“Justeru, sebagai institusi yang dipertanggungjawabkan memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah perairan negara, adalah penting untuk TLDM dibekalkan dengan aset-aset terkini sesuai dengan perubahan landskap pertahanan mutakhir ini.

“Umum sedia maklum Bahawa TLDM berhadapan dengan cabaran keusangan aset. Mengambil kira keupayaan tempur armada yang semakin terhakis akibat usia aset yang meningkat, TLDM kini dibelenggeu dengan cabaran untuk menyelenggara aset sedia ada,” katanya ketika sambutan hari Tentera Laut Diraja Malaysia yang ke-89.

Projek LCS sepatutnya disiapkan pada april 2019, namun ianya telah mengalami kelewatan dan akan dijangka siap pada tahun 2026. – 27 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen