[VIDEO] Pemandangan bukit digondol jadi inspirasi cetus kandungan kreatif


Syazwana Amir Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

TIADA lagi pemandangan tanah tinggi, gunung atau bukit batu kapur yang tersergam megah ketika menelusuri lebuhraya Utara-Selatan di sekitar Simpang Pulai.

Sebaliknya, papan tanda ‘tanah.. Sumber yang tiada ganti!’ dilatari bukit batu kapur yang ditarah penuh rakus.

Laluan ulang-alik dari ibu kota ke kampung jadi inspirasi buat Tan Yong Lin untuk mencipta kandungan yang tular di media sosial mengenai bukit batu kapur di sekitar Ipoh.

Dia yang menyertai pertandingan Young Environmental Journalist berkata dia mahu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan bukit di situ yang hampir rata. – 16 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen