[VIDEO] Mahkamah Persekutuan tolak rayuan akhir Najib


Syazwana Amir Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

USAHA Najib Razak untuk membebaskan diri tidak berhasil selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk dibebaskan dari sabitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Panel hakim mencapai keputusan majoriti 4-1 untuk menolak permohonan beliau untuk menyemak semula sabitan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana itu.

Hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat ketika menyampaikan keputusan itu berkata permohonan Najib dibuat tanpa merit.

Keputusan itu mengekalkan Najib di Penjara Kajang untuk menjalani baki tempoh pemenjaraan 12 tahun.

Najib dan Rosmah tiba di Mahkamah Tinggi kira-kira jam 9 pagi tadi disambut puluhan penyokong yang berhimpun di luar perkarangan mahkamah. – 31 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen